soMethinG CrossinG My Mind: macam binatang!!

macam binatang!!

pagi ni, mcm biasa, aku akn bce online news..aku t'bace psl satu berita ni...

dh lr rogol ank tiri die, lps tu, die commit suicide!! xfaham2.....

news asal


KOTA BHARU 10 Ogos - Pelajar tingkatan tiga yang diperkosa, ditikam dan disimbah asid oleh bapa tirinya dalam kejadian di Gua Musang semalam, masih dalam keadaan kritikal tetapi stabil.

Gadis malang itu yang menerima rawatan rapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini mengalami kecederaan serius apabila melecur pada bahagian muka, badan dan kaki selain luka akibat tikaman di perut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, hasil siasatan polis menemui sebilah pisau di tempat kejadian dipercayai digunakan bagi mencederakan mangsa.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati kejadian berlaku di Aring 6 sewaktu mangsa sedang dalam perjalanan menemani suspek ke sebuah bank, kira-kira 60 kilometer dari rumahnya di Aring 1, Gua Musang.

"Mangsa menemani bapa tirinya itu ke bandar kira-kira pukul 10.30 pagi tetapi dia kemudiannya dibawa ke sebuah kebun getah.

"Di situ mangsa telah dirogol serta ditikam dipercayai menggunakan sebilah pisau sebelum disimbah asid," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa hari ini.

Dalam kejadian itu, seorang bapa bertindak kejam memperkosa dan menikam anak tirinya sebelum menyimbah asid kepada mangsa kerana bimbang perbuatan tersebut terbongkar.

Suspek yang berusia 58 tahun itu bagaimanapun ditemui mati setelah bertindak membunuh diri dengan meminum asid selepas kejadian tersebut disedari oleh sekumpulan penduduk kampung.

Mazlan berkata, mangsa yang cedera akibat ditikam di perut dan terbakar di muka serta badan akibat disimbah asid dikejarkan oleh penduduk kampung yang kebetulan melalui tempat kejadian.

"Mangsa yang merupakan anak sulung daripada empat beradik kemudian dikejarkan ke HKK dan seterusnya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II sebelum dirujuk ke HUSM kira-kira pukul 6 petang semalam," katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa dan ibunya sering menemani suspek yang buta huruf untuk berurusan di bank berkenaan.

Katanya, pada hari kejadian mangsa tidak hadir ke sekolah kerana menemani bapa tirinya bagi memasukkan wang.

Sementara itu, Mazlan berkata, hasil bedah siasat ke atas bapa tiri mangsa mendapati suspek meninggal dunia akibat meminum cuka getah.

"Kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu mengikut Sesyen 326 Kanun Keseksaan," ujarnya.

No comments:

Copyright © soMethinG CrossinG My Mind Urang-kurai